Webinar Cybersecurity: Bagaimana Akaun Social Media Anda Boleh Digodam!

23 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2026 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Cybersecurity: Bagaimana Akaun Social Media Anda Boleh Digodam yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Dua orang peserta telah menyertai webinar tersebut.

Dalam webinar cybersecurity pada kali ini, peserta telah diberi pendedahan tentang ancaman keselamatan siber terkini. Selain itu juga, penceramah turut menerangkan teknik-teknik yang boleh digunakan oleh pengodam untuk mengodam akaun media sosial. Dalam webinar ini juga, para peserta turut diajar tentang langkah-langkah untuk melindungi akaun media sosial dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan privasi dalam talian.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali